PUSAT JAGAAN SUCI ROHANI

Rumah Amal di bawah Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani
109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

SUMBANGAN

 BAGI menyempurnakan hasrat dan cita-cita ini, pihak pengurusan pusat jagaan ini mengalu-alukan penglibatan masyarakat  dari pelbagai pihak dan lapisan baik dari kalangan  individu,  organisasi,  agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat mahupun badan-badan sukarela.

 RASR mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:

 Makanan : Bahan makanan asas basah dan kering. Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya. 

 

Keperluan diri dan sekolah:  Antaranya alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah. sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain, juga pakaian (baru atau terpakai)

Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.Peralatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll

Kenderaan : Kereta, van atau bas. (Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan. (Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, PJSR akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)

Sumbangan untuk pembangunan:  Memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi. 

SUMBANGAN WANG TUNAI

Sumbangan wang tunai atau cek boleh dibuat dalam tiga bentuk:

Sedekah

Sedekah kepada golongan ini adalah dikira sebagai sedekah jariah. Selepas mati, terputuslah semua amalan seseorang melainkan 3, iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang diajarkan kepada orang. Terlalu banyak fadilat sedekah. 

Bayaran zakat kepada badan tidak rasmi

Kesemua penghuni dan mereka yang dinaungi oleh Rumah Amal Suci Rohani adalah layak untuk menerima zakat. Justeru itu, anda boleh menyumbangkan bayaran zakat anda kepada RASR sebagai sebuah badan tidak rasmi (melainkan zakat fitrah)

Saluran untuk mendapatkan pelepasan cukai LHDN

Sumbangan kepada RASR sebanyak RM500 ke atas akan diberikan resit pelepasan cukai LHDN atas permintaan.  Anda boleh menolaknya dari jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar setiap tahun.

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:

 

PUSAT JAGAAN SUCI ROHANI
Maybank 569 954 000 873

 

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

 

title

Click to add text, images, and other content

AKTIVITI

No recent entries

Share on Facebook

Share on Facebook

Google Translator