PUSAT JAGAAN SUCI ROHANI

Rumah Amal di bawah Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani
109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

MATLAMAT

1. Anak-anak diberi didikan secara menyeluruh dan menitikberatkan soal pendidikan insaniah yang berteraskan Al-Quran, Sunnah serta akhlak mulia agar mereka menjadi insan yang bukan sahaja berilmu bahkan bertaqwa dan menjadi aset penting negara. Selain diberi pendidikan akademik dan kemahiran, mereka juga dididik untuk mewarisi akhlak para salafussoleh dalam menjadi suri teladan generasi kini, sebagai alternatif di zaman keruntuhan akhlak yang perlu dibenteras dengan membina generasi yang menyalin peribadi Rasulullah dan para sahabat.

2. Untuk menjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin dengan menjadikan kebajikan sebagai agenda utama masyarakat demi mencapai kebahagiaan dunia dan Akhirat. Moga dengan ini lahirlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni serta mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Apabila yang berkemampuan dan kaya sanggup berperanan dan berkorban, mereka yang susah dan menderita akhirnya terbela.

FUNGSI

  1. Pusat bimbingan serta pemulihan untuk anak-anak yatim/miskin serta 8 asnaf yang dilindungi.
  2. Pusat perlindungan dan asrama untuk anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik.
  3. Pusat kaunseling dan motivasi.
  4. Mengumpul dan mengagihkan sebanyak mungkin sumbangan samada dalam bentuk barangan, wang atau perkhidmatan dari masyarakat untuk anak-anak di RASR. 
  5. Mengagihkan lebihan barangan keperluan asas berupa makanan, pakaian sekolah, alat tulis serta peralatan lain yang disumbangkan kepada fakir miskin, asnaf dan yang memerlukan. RASR mempunyai ratusan senarai golongan asnaf zakat yang akan diberikan bantuan kewangan atau selainnya, bila ada kemampuan.
  6. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja, ibubapa, penjaga, waris yang berhadapan dengan masalah anak-anak remaja dan keluarga.
  7. Menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran, tajwid, Fardu-Ain secara percuma kepada orang dewasa dan kanak-kanak (yang beragama Islam).

AKTIVITI

No recent entries

Share on Facebook

Share on Facebook

Google Translator